AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 1991 PDF

Kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada mereka menjadi mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Menyedari hakikat ini, maka pertimbangan utama di dalam segala tindakan yang menyentuh hal ehwal kanak-kanak adalah kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak berkenaan. Ini boleh dilihat di dalam pelbagai undang-undang yang terdapat di negara ini. Walau bagaimanapun, permasalahan mengenai kanak-kanak masih terus berlaku di merata tempat sama ada di dalam atau luar negara. Dalam hal ini kita sering mendengar atau membaca bahawa terdapat kanak-kanak yang diabaikan, ditinggalkan di perhentian bas, di bawah pokok, ada yang ditinggalkan di dalam kereta tanpa penjagaan sewajarnya. Kita juga mendengar bahawa perlakuan jenayah oleh kanak-kanak semakin menjadi-jadi.

Author:Tole Tunos
Country:Maldives
Language:English (Spanish)
Genre:Travel
Published (Last):13 October 2012
Pages:183
PDF File Size:13.84 Mb
ePub File Size:9.16 Mb
ISBN:753-3-26987-586-5
Downloads:93008
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Tajora



Kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada mereka menjadi mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Menyedari hakikat ini, maka pertimbangan utama di dalam segala tindakan yang menyentuh hal ehwal kanak-kanak adalah kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak berkenaan.

Ini boleh dilihat di dalam pelbagai undang-undang yang terdapat di negara ini. Walau bagaimanapun, permasalahan mengenai kanak-kanak masih terus berlaku di merata tempat sama ada di dalam atau luar negara. Dalam hal ini kita sering mendengar atau membaca bahawa terdapat kanak-kanak yang diabaikan, ditinggalkan di perhentian bas, di bawah pokok, ada yang ditinggalkan di dalam kereta tanpa penjagaan sewajarnya. Kita juga mendengar bahawa perlakuan jenayah oleh kanak-kanak semakin menjadi-jadi.

Jika dulunya perlakuan jenayah oleh kanak-kanak hanyalah jenayah yang kecil atau petty offences tetapi pada masa sekarang terdapat kanak-kanak yang berani melakukan rompakan bersenjata, merogol bahkan ada yang berani membunuh. Persoalannya sekarang ialah siapakah yang harus dipersalahkan jika perkara ini berlaku kepada kanak-kanak di negara ini? Apa yang pasti ialah kanak-kanak ini tidak harus dipersalahkan seratus peratus kerana apa yang berlaku mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor yang diluar kawalan mereka.

Walau bagaimanapun, sebagaimana yang diketahui umum pihak yang terlibat secara langsung dengan pembesaran dan pembangunan diri kanak-kanak adalah ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga telah diberi tugas dan tanggungjawab utama untuk membentuk keperibadian anak-anak kerana mereka mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan anak-anak di dalam jagaan mereka. Oleh itu, pasti banyak perkara yang dipelajari oleh anak-anak itu daripada orang yang menjaganya. Sabda Rasullullah s. Sehubungan dengan itu, di dalam artikel ini, penulis akan cuba mengupas isu yang mencakupi tugas dan peranan ibu bapa atau penjaga ke atas anak yang berada di bawah jagaan mereka.

Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik seperti Diana Baumrind, SM Dornbusch dan Stanley Coopersmith didapati cara bagaimana seseorang kanak-kanak itu dibesarkan akan mempengaruhi personaliti dan pembangunan sahsiahnya.

Campur tangan ini adalah penting untuk mengelak keruntuhan sesuatu masyarakat secara keseluruhan. Asas Undang-Undang Perlindungan Terhadap Kanak-Kanak Di Peringkat Antarabangsa Kewujudan undang-undang yang memperuntukkan perlindungan terhadap kanak-kanak bukanlah satu perkara yang baru.

Sejarah menunjukkan bahawa beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan England telah mempunyai undang-undang dan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak bagi melindungi kanak-kanak yang didera atau diabaikan seawal abad ke 17 dan Menyedari hakikat bahawa masa depan kanak-kanak semakin terancam, sama ada oleh perbuatan individu atau perbuatan mereka sendiri atau kegagalan pihak kerajaan mengambil langkah positif ke arah memastikan kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak, maka satu inisiatif positif telah digerakkan oleh masyarakat antarabangsa untuk meletakkan kepentingan kanak-kanak di landasan yang sepatutnya.

Inisiatif ini boleh dilihat di dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang telah diratifikasikan oleh hampir semua negara di dunia ini. Antara perkara penting di dalam Konvensyen ini ialah pengiktirafan terhadap hak kanak-kanak ke atas beberapa perkara asas iaitu hak untuk hidup, hak kepada pembangunan, hak untuk dilindungi daripada pengaruh yang merosakkan, penderaan dan eksploitasi dan akhir sekali hak untuk bersama dengan keluarga, kebudayaan dan kehidupan sosial.

Artikel 19 1. States Parties shall take all appropriate legislative, administrative, social and educational measures to protect the child from all forms of physical or mental violence, injury or abuse, neglect or negligent treatment, maltreatment or exploitation, including sexual abuse, while in the care of parent s , legal guardian s or any other person who has the care of the child.

Jika kita merujuk kepada artikel 5, adalah dipersetujui bahawa ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas dan tanggungjawab di dalam pemeliharaan kanak-kanak dan ini harus dihormati oleh kerajaan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama Konvensyen ini melalui artikel 19 menekankan pentingnya kerajaan sesebuah negara untuk mengambil langkah-langkah perlu sama ada dalam bentuk perundangan, pentadbiran, langkah sosial serta ekonomi untuk melindungi kanak-kanak itu daripada penderaan oleh ibu bapa atau penjaga mereka.

Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju konsep perlindungan terhadap kanak-kanak dan juga mengakui bahawa perlunya pembaharuan di dalam undang-undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan iaitu Akta Kanak-Kanak [10] selepas ini akan disebut Akta dan telah berkuat kuasa pada 1 Ogos Akta merupakan satu Akta yang merangkumi pelbagai isu penting mengenai kanak-kanak.

Tanggungjawab Undang-Undang Semua pihak mempunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing sama ada tanggungjawab dari segi moral atau dari segi undang-undang. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas dan tanggungjawab ke atas anak-anak di bawah jagaan mereka. Selaras dengan itu, peruntukan-peruntukan yang mengenakan tugas dan tanggungjawab undang-undang kepada ibu bapa atau penjaga telah diwujudkan di dalam Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan kemudiannya telah diperkemaskan di dalam Akta Apa yang pasti di antara tujuan utama peruntukan-peruntukan seumpama ini dimasukkan adalah supaya ibu bapa atau penjaga akan lebih bertanggungjawab dan mengambil berat akan keadaan anak-anak mereka.

Rasional ahli-ahli keluarga kanak-kanak dikenakan tugas untuk memaklumkan tentang kemungkinan seseorang kanak-kanak itu didera adalah kerana mereka merupakan antara pihak yang dekat dengan kanak-kanak tersebut.

Mereka ini juga berkemungkinan besar mengetahui kenapa seseorang kanak-kanak itu didera. Tambahan pula, perlakuan penderaan terhadap kanak-kanak atau keganasan rumah tangga merupakan jenayah belakang tabir yang berlaku jauh daripada pengetahuan pihak lain.

Oleh itu, ahli-ahli keluarga kanak-kanak itu sebenarnya berada dalam kedudukan terbaik untuk mengetahui jika berlaku sebarang penderaan terhadap kanak-kanak yang mendiami rumah yang sama. Seksyen 2 Akta mendefinisikan anggota keluarga sebagai "termasuklah ibu bapa atau penjaga atau seseorang anggota keluarga luas yang merupakan seorang anggota rumah". Seksyen 2 juga mendefinisikan anggota rumah sebagai seseorang yang pada lazimnya tinggal serumah dengan seorang kanak-kanak.

Peruntukan ini amnya mensasarkan kepada sesebuah rumah tangga yang mempunyai ahli yang ramai atau di mana sesebuah extended family [16] itu tinggal. Oleh itu, adalah diharapkan dengan pengenaan tugas ini sekurang-kurangnya masalah penderaan terhadap kanak-kanak boleh dikesan pada peringkat yang lebih awal dan tindakan sewajarnya boleh diambil. Kegagalan mana-mana ahli keluarga itu untuk memaklumkan perlakuan penderaan terhadap kanak-kanak yang berlaku di dalam rumah yang didiaminya merupakan satu kesalahan.

Namun begitu, jika disabitkan, ahli keluarga yang berkenaan boleh dilepaskan dengan bon atas syarat-syarat yang ditentukan oleh mahkamah. Hanya setelah ahli keluarga ini tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan di dalam bon berkenaan, barulah mereka boleh didenda tidak melebihi RM5, Peruntukan mengehendaki ibu bapa atau penjaga hadir di mahkamah semasa perbicaraan adalah satu peruntukan mandatori. Menurut Mahkamah, perkataan "and shall" adalah peruntukan mandatori.

Keadaan ini mungkin berlaku apabila mahkamah berasa bahawa perintah sedemikian adalah perlu untuk kepentingan kanak-kanak itu. Sebagai kuasa tambahan, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak juga boleh memerintahkan supaya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu menyempurnakan suatu bon bagi kelakuan baik kanak-kanak itu. Antara alasan yang telah diberikan ialah kekurangan wang dan jarak sekolah berkenaan yang jauh dari rumah mereka.

Sehubungan dengan itu, pihak Suhakam telah mencadangkan supaya Jabatan Penjara Malaysia memberikan subsidi atau bantuan perjalanan kepada ibu bapa kanak-kanak ini dan juga menyediakan tempat penginapan kepada mereka yang datang daripada jauh. Ini adalah kerana sokongan dan dorongan daripada ahli-ahli keluarga adalah penting untuk memberangsangkan pemulihan penghuni-penghuni Sekolah Henry Gurney ini.

Lantaran daripada itu, ibu bapa atau penjaga yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang telah dinyatakan di dalam seksyen 93 1 Akta , jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM 5, Ia juga merangkumi keadaan di mana terdapat pengabaian atau pertelingkahan antara kanak-kanak itu dengan ibu bapa atau penjaganya.

Antara arahan atau syarat berkenaan adalah: a bahawa ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu yang ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian; [39] b jika kanak-kanak itu diletakkan di suatu tempat selamat, bahawa ibu bapa atau penjaganya hendaklah melawat kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak; atau [40] c jika kanak-kanak itu berada di sesuatu institusi pendidikan, bahawa ibu bapa atau penjaganya hendaklah berunding dengan guru atau guru besar atau pengetua kanak-kanak itu sebulan sekali.

Kehadiran ibu bapa atau penjaga boleh menjadi perangsang kepada kanak-kanak itu untuk meneruskan kehidupan mereka kerana kehadiran ibu bapa atau penjaga itu menunjukkan bahawa mereka masih dihargai.

Menurut Yang Arif Hakim, sungguhpun mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan penjara manakah seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan akan ditempatkan, tetapi mengambil kira faktor bahawa umur tertuduh yang masih muda dan ahli keluarganya berada di Taiping, maka dicadangkan supaya dia di hantar ke Penjara Taiping.

Menurut Yang Arif Hakim: Visitation and constant contact by the family are crucial for a person of such young age serving a prison sentence. A term of imprisonment in such a situation without constant family contacts may have the adverse social problem of making a person of such youth and immaturity become a hard core criminal.

Dari segi analogi, perkara yang sama juga diperlukan apabila seseorang kanak-kanak itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney atau Pusat Pemulihan iaitu lawatan dan perhubungan yang berterusan dengan ahli keluarga. Menurut Profesor Chiam Heng Keng: The importance of imparting to children the message that adults care and desire to be of assistance will go a long way in reducing incidence of juvenile delinquency. Underlying every individual is the need to be loved, accepted and to belong.

This need is so strong that if it is not possible to have this need be fulfilled in acceptable ways, the individual will seek its gratification by hook or by crook. Our reaction to the juvenile delinquents should not be one of accusation. Instead, we should look for ways to restore them. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Profesor Abdul Hadi Zakaria, perlakuan kanak-kanak boleh diperbaiki dengan meningkatkan hubungan mereka dengan ahli keluarga yang lain.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di pusat akhlak, hanya Walau bagaimanapun, perhubungan dengan ahli keluarga atau kawan masih boleh dibuat melalui surat. Berdasarkan kajian yang dijalankan, hanya Berdasarkan temu bual yang dijalankan, ada pelatih menyatakan bahawa ahli keluarga telah "membuang" mereka ataupun ahli keluarga berasa bahawa tanggungjawab mereka telah beralih kepada kerajaan apabila kanak-kanak berkenaan ditahan di pusat akhlak.

Tanggungjawab terhadap kanak-kanak berkenaan masih tidak berubah iaitu terletak di bahu ibu bapa atau penjaga. Peranan kerajaan atau agensi-agensi yang berkenaan adalah untuk membantu memulihkan kanak-kanak yang bermasalah dan ibu bapa atau penjaga perlu menyuntik sesuatu yang sangat penting iaitu kasih sayang dan perhatian keluarga. Apabila gandingan antara agensi-agensi kerajaan dan ibu bapa atau penjaga ini berjalan dengan lancar, maka hasilnya sudah pasti akan lebih memuaskan daripada membiarkan kanak-kanak ini tanpa kasih sayang yang sewajarnya dari ahli keluarga.

Memandangkan bahawa tugas ini merupakan tanggungjawab undang-undang maka kegagalan mana-mana ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk mematuhi arahan atau syarat yang telah dikenakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5, Ada kanak-kanak yang dirogol oleh bapa kandung, bapa tiri, datuk, abang dan sebagainya.

Akta juga telah memperuntukkan bahawa ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu dianggap mengabaikan kanak-kanak itu jika tidak menyediakan kepada kanak-kanak berkenaan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi sekiranya beliau berupaya mempersediakan perkara-perkara di atas. Selain itu, mahkamah juga boleh memerintahkan orang berkenaan menyempurnakan bon kelakuan baik.

Perkara yang sama juga berlaku di negara jiran di mana kanak-kanak digunakan untuk menjaja di tepi-tepi jalan tanpa menghiraukan bahaya yang datang. Seksyen 32 Akta memperuntukkan bahawa mana-mana orang termasuk ibu bapa atau penjaga yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana kanak-kanak itu mengemis atau meminta sedekah dengan cara menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa untuk jualan atau menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang seperti loteri haram, perjudian atau lain-lain aktiviti yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5, Pada 18 April , tiga orang kanak-kanak telah terkorban dalam satu kejadian kebakaran.

Dalam kejadian ini, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan tanpa pengawasan oleh pengasuh. Di dalam kejadian berkenaan, bapa kanak-kanak berkenaan telah meninggalkan anak-anaknya dan juga isteri di dalam kereta dengan penghawa dingin yang terpasang selama beberapa jam. Peruntukan ini lebih menjurus ke arah mengelakkan kecuaian di pihak ibu bapa atau penjaga yang mengambil sikap kurang berhemat atau berhati-hati.

Peruntukan ini bukan hanya untuk ibu bapa atau penjaga yang meninggalkan anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka di dalam kereta tetapi juga dihujahkan terpakai kepada mereka yang meninggalkan anak-anak tanpa penjagaan di dalam rumah. Mengikut seksyen Akta , Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat perintah seperti di atas boleh mengeluarkan satu perintah sampingan iaitu mengarahkan ibu bapa atau penjaga membuat apa-apa sumbangan atau sumbangan bulanan setelah mengambil kira keadaan kemampuan ibu bapa atau penjaga.

Bagi kanak-kanak yang berada di institusi yang diluluskan atau Sekolah Henry Gurney, perintah sumbangan ini akan terus berkuatkuasa sehingga kanak-kanak itu tidak lagi berada di bawah pemeliharaan orang yang sedang menjaga tempat perlindungan, asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah Henry Gurney atau institusi atau pusat yang diluluskan itu. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak juga boleh menjatuhkan hukuman penjara sebagai alternatif, iaitu satu bulan penjara bagi satu bulan sumbangan yang masih belum dibayar.

Walau bagaimanapun, tempoh pemenjaraan berkenaan akan tamat apabila amaun sumbangan yang kena dibayar itu telah dijelaskan. Pada masa melakukan kesalahan berkenaan beliau berumur 16 tahun. Mahkamah Juvana yang mendengar kes berkenaan telah membuat beberapa perintah dan antaranya adalah supaya penjaga beliau membayar sebanyak RM 1, Seksyen 13 Akta Mahkamah Juvana memperuntukkan bahawa apabila mahkamah mendapati bahawa kesalahan terhadap kanak-kanak itu adalah terbukti, mahkamah boleh membuat beberapa arahan yang termasuk memerintahkan ibu bapa atau penjaga membayar pampasan.

Sebelum ibu bapa atau penjaga diarahkan untuk membayar pampasan, hak untuk didengar hendaklah diberikan. Walau bagaimanapun, di dalam kes ini, ibu kanak-kanak berkenaan tidak ditanya tentang pembayaran pampasan ini. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mahkamah Juvana telah melakukan satu kesilapan yang serius dan menjadikan arahan tersebut tidak sah.

Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mendapati kesalahan terhadap kanak-kanak berkenaan telah terbukti atau kanak-kanak itu mengakui fakta yang mewujudkan kesalahan, maka mahkamah boleh membuat perintah yang mengehendaki ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berkenaan membayar pampasan atau kos atau memberi jaminan bagi kelakuan baik kanak-kanak berkenaan.

Kini ibu bapa atau penjaga diajak bersama-sama untuk membantu menangani masalah sosial yang dialami oleh kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Adalah tidak adil kepada semua pihak jika ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu bersikap "lepas tangan" selepas anak mereka didapati melakukan sesuatu kesalahan.

Pada masa yang sama, ibu bapa atau penjaga juga harus menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan sebaik mungkin dan mengelak daripada sebarang perbuatan penderaan, pengabaian dan kecuaian yang boleh mengakibatkan penderitaan sama ada dari segi fizikal atau emosi kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Pengenaan tugas dan tanggungjawab melalui undang-undang ke atas ibu bapa atau penjaga kanak-kanak merupakan satu kaedah untuk memastikan kanak-kanak yang telah terlibat dengan jenayah atau yang menjadi mangsa deraan tidak terus hanyut dan menderita. Walau bagaimanapun, menuding jari semata-mata tidak akan membantu, sebaliknya semua pihak harus bekerjasama bagi mengatasi segala masalah yang berkaitan dengan kanak-kanak. Tujuan dan matlamatnya adalah jelas iaitu supaya kanak-kanak di negara ini dapat hidup di dalam keadaan yang sempurna dan sejahtera.

Lihat www.

HONDA ODYSSEY SERVICE MANUAL PDF

Akta Kanak-kanak 1991

Kemudahan Memberi Perlindungan kepada kanak-kanak dan orang muda yang memerlikan jagaan dan perlindungan serta yang telah dianiaya. Takrifan Kanak-kanak Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun. Takrifan Penganiayaan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda Akta Seksyen 3 Kanak-kanak atau orang muda yang telah dipukul, diseksa, diabaikan, didedah kepada bahaya; atau disuruh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ia dipukul, diseksa, diabaikan atau didedah secara langsung atau tidak langsung yang akan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan kepada kesihatannya. Hukuman Bagi kesalahan mengikut takrifan a. Seksyen 26 Akta Bagi kesalahan mengikut takrifan b. Seksyen 28 Akta

BIOCONJUGATE TECHNIQUES BY GREG T HERMANSON PDF

Journal of Malaysian and Comparative Law

.

Related Articles